Rabu, 7 Jun 2017

PBAKL 2017 siri 2

                Asslamualaikum.. J Entry kali ini Sis mahu mulakan dengan pantun dulu ya!
                                               
                                                                Ketupat palas santapan Puteri,
PBAKL 2017  disambungan kini.
(merapu-merapu saja..hehehe sekadar hiburan)

Seperti yang dijanjikan, Sis akan senaraikan buku-buku hasil penulisan Prof Kamil dan Isterinya yang telah dibeli oleh Mama Sis yang terchentahhh..

1.       Rumah Sakit
2.       Disebalik Tembok Yahudi
3.       Amirul Budak Sudan
4.       Bahagia Berganda
5.       Perca


Jujur dari hati Sis, semua buku yang dikarang oleh Prof Kamil Ibrahim dan Puan Roza Roslan memang sampai ke hati. Sis paling suka buku bertajuk “Perca” hasil penulisan hebat Puan Roza Roslan. Nanti, di lain masa Sis akan buat revieu buka pula ya. Tunggu~~~

Terlanjur dah bercerita tentang buku-buku ini, marilah Sis kongsikan kisah bagaimana Mama boleh kenal Prof Kamil dan Puan Roza Roslan.

 Kami sekeluarga pergi menunaikan umrah pada Tahun 2012. Waktu itu umur Sis baru 10 tahun. How time flies~~ . Kami menggunakan khidmat agensi Andalusia. Diringkaskan cerita, Mama asyik terdengar orang sebut-sebut nama Prof Kamil. Waktu itu, Mama belum mengenali lagi siapa Prof Kamil.

Maka setelah selesai mengerjakan ibadah umrah dan ziarah kami pun pulang ke tanah air dengan menanam azam ingin ke sana lagi. Amin..semoga diperkenankan. Tidak  lama selepas pulang dari Kota Suci, Mekah, Mama suka melawati blog Prof Kamil. Tak silap namanya “KEHIDUPAN RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN” tetapi setelah itu ditubuhkan UNIVERSITI MUHD. KAMIL IBRAHIM atau nama ringkasnya UMKI. Ianya merupakan Universiti alam maya di blog beliau  dimana tempat untuk berkongsi ilmu. Dari situ Mama baca kisah-kisah Prof Kamil yang sekarang sudah banyak dijadikan buku.

Dari situ baru Mama tahu bahawa Prof Kamil ini menetap di Madinah. Patutlah namanya menjadi sebutan. Mulai waktu itu, Mama mula mengumpul buku-buku beliau dan isterinya. Antara yang popular ialah “Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman”. Jika buku Puan Roza, Sis suka “Travelog Cinta Abadi” dan “Travelog Cinta Hakiki”. Memang best! Rugi sangat kalua awak..awak.. yang sedang baca ni, tidak ada buku-buku yang disebutkan. Percayalah, baca satu sahaja buku mereka sudah membuat anda rasa jatuh cinta! Dan anda juga akan jadi seperti Mama saya yang suka mengumpul buku mereka.

Haaaa… begitulah kisahnya… Video Mama dapatkan tandatangan mereka ada di Instagram Sis @amani232.

Okey, terubat rindu tak nak baca entry Sis? Nak tahu sambungan apa yang terjadi sewaktu PBAKL 2017 ? Ada apa di booth Blink? Buku Blink apa yang Sis beli? Hehehe.. Harap bersabar ye. Kita jumpa di next entry bertajukkkkk…


                     BOOTH BLINK 2017 BERTEMAKAN SEKOLAH SRI BANGSAR                        MENEMUI   BLINKERS DI PWTC

Selasa, 6 Jun 2017

PBAKL 2017 siri 1

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Sis Amani Bercerita. Sekarang ini musim cuti sekolah.  Jadi inilah masa yang sesuai untuk Sis membaca novel-novel yang telah Sis beli sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang lalu.




Umum mengetahui, Sis adalah peminat buku-buku Ain Maisarah dan sentiasa menyokong Syarikat Blink Book SDN.BHD. Jika mahu kenal lebih lagi siapa Ain Maisarah dan penulis-pelukis Blink Book, KLIK SINI.

Pesta Buku terbesar ini telah berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei yang lalu. *mashaallah..lama betul Sis dok simpan cerita ni! Kira kita throwback lah ni ya. Hehehe J* Jadi Sis memilih untuk pergi ke Pesta Buku pada 1 Mei. Kebiasaannya, orang ramai menaiki pengangkutan awam untuk ke PWTC tapi Sis sekeluarga naik kereta. KERETA UOLLSSSSSSS.. Hmmm mesti susah nak cari parking. Jalan sesak lagi! Huh! (banyak betul tanggapan negatif) 

Bila dah fikir benda-benda macam ni lebih awal, mama Sis pun buat keputusan keluar awal dari rumah. Pukul 8.40 pagi kami bertolak dan sampai di PWTC kira-kira jam 9.34 pagi. Hahahaha…ingatkan dah boleh masuk rupanya pukul 10 pagi baru boleh. Maka kami pun menunggu lah dengan setia dan sabarnyaaaaaa..

Kalau ikut cerita kat atas ini, sebenarnya memang senang nak cari parking kalau keluar awal-awal pagi dan tahu tempat rahsia yang senang nak dapat parking. Alhamdulilllah, mungkin kerana kami telah keluar awal dari rumah maka kami dapat mengelakkan diri dari terlibat dengan KESESAKAN JALAN RAYA YANG MAHA DAHSYAT DI KL!

Diringkaskan cerita, sudah pun pukul 10.00 pagi. Yey!! Mama terus aim nak pergi booth  Galeri Ilmu untuk mendapatkan buku-buku terbaru karya Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan isterinya Roza Roslan. Capai sana, capai sini dapatlah buku-buku yang mama nak. Oh rupa-rupanya mama nak cepat sebab dah ternampak Prof Kamil dan Roza Roslan rupanya! Apalagi, berdezzuuupppp mama pergi sebab takut Prof dan isterinya pergi. Excited dah muka mama.. Hahaha. Takpe ma, Kaklong paham rasa keterujaan tu.

Kalau korang nak tahu buku apa yang mama beli dan apa kesinambungan kisah Sis ini. Tunggu di next entry. Bye!


Terima Kasih sudi baca <3

Isnin, 5 Jun 2017

Entry pertama TAHUN 2017

Assalamualaikum. Arghhhhhhh nak nangis boleh tak?

Jun dah maiiiii... Ya ampun this is my first entry for 2017. Fuh!Fuh! tiup-tiup habuk jap. Ya Allah lamanya tak update blog. Rindu sangat-sangat. Maklumlah Sis sejak kebelakangan ni sibuk yang amat sangat mengalah perdana menteri.. Hahahah merapu je kejenya!

So today is 5/6/2017 bersamaan dengan 10 Ramadhan.

Pada kesempatan ini, Sis ingin memohon maaf kepada semua kenalan di blog Sis ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog seorang remaja yang masih mentah lagi. Terima kasih sangat-sangat. Sis hargai semuanya. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Hmmmm.. banyak entry nak kene update.. Nanti kita jumpa di next entry okey. Sis nak mengimbas kembali percutian tahun lepas di Kuantan. Acara pesta buku 2017 di PWTC pada april dan mei yang lalu. Wah, dan banyak lagi! Nantikan okey. Bye..

TERIMA KASIH SUDI BACA 😊😊😊

Ahad, 29 Januari 2017

Keadaan Cemas!

Assalamualaikum... Hai semua!! Tengah buat ape tuuuu? Hehehehe.. Sis tengah makan biskut batik ni..  nyummmmmm

Baiklah hari ni Sis nak kongsikan mengenai pengalaman ngeri Sis semalam.. NGERI?!?!? Maybe bagi setengah orang bende ni biasa TAPI bagi Sis ni bukan main2 ni...

Cerita dia begini, semalam Sis gerak nak balik KL dari kampung Sis dekat Negeri Sembilan... Ibu Sis yang bawak kereta tu.. Ayah Sis pulak naik motor..

Ayah Sis balik berasingan sebab motor tu motor baru jadi dia kene warm up dulu motor tu..

Back to the story, ayah Sis dah jauh nun ke depann...

Tengah duk syok sembang dalam kereta anak beranak .... tiba2.....

"Ishhh... kenapa lah air cond ni panas? Kita bukak tingkap lah ea.." ibu Sis cakap ni dekat Sis..

Sis pon oklah.. dahlah jalan jem sebab ada kemalangan dekat depan tu.. dahlah hari makin malam... dekat2 kul 10 malam jugaklah.. tapi kereta ya ampunnnnn!!! BANYAK!! Dengan hujan renyai2 lagi...

Ok Amani.... sabar, ini dugaan dari Allah... tenang... tarik nafas... hembus... haaaa... TAK TENANG JUGAK! HAHAHAHAH

Tiba2... *banyak nau nau tetiba* ada asap tau, jadi Sis fikir ada orang buat pembakaran terbuka... tak baik untuk budak2.. sebab Sis tengah pangku baby.. n ada sorang lagi adik sis kecik kat belakang tengah tidur with my other younger sisters.

Lepastu ibu Sis cam cakap dalam nada panik " EH... ASAP DARI KERETA NI LAH KAKLONG!! YA ALLAH... TEMPRETURE NAIK! HIGH TERUS NI... NAK BUAT APE NI? MACAM MANE NI? ADUHHH... EH, KAKLONG ANGKAT TANGAN BAGI SIGNAL KAT ORANG TEPI.. KITA NAK MASUK LALUAN KECEMASAN NI.. "

Sis pon buatlah macam yang ibu Sis suruh tu tapi sambil buat tu sambil cakap kat ibu Sis..

"Matikan jelah enjin tu.. bahaya nak potong 2 barisan ni.. dahlah jem."

"Ok2 ibu matikan enjin.. eh, kaklong break tak makan lah... kereta kita ni tengah gerak sendiri ni.. ibu dah matikan enjin.. macam mane ni? "

Alhamdulilah.. berhenti jugak kereta ni dekat laluan kecemasan.. betul2 atas rumput..

Then ibu Sis pon telefon ayah Sis.. ayah Sis pon otw patah balik..

By the time ayah Sis nak patah balik tu.. ade lah satu kereta ni datang... sorang pakcik melayu ni.. Alhamdulillah.. ORANG MALAYSIA MEMANG PRIHATIN... BAGUS TAU RAKYAT MALAYSIA NI..

Dengan baik hatinya dia tolonglah kami .. pakcik tu bagi kami air supaya letak dalam tangki tu .. pastu ayah Sis pon sampai.. diorang pon borak2 pasal kereta tu..

Alhamdulillah semuanya ok... fuhhhh..lega..

Dari pengalaman ni, Sis belajar bahawa walau ape pon jangan panik.. cuba bertenang dan cool.

Lagi satu, rakyat Malaysia ni ade jugak yang jenis nak tengok je... jadi menyebabkan perjalanan tu jadi slow.. tapi ada jugak yang bagus.. datang tolong..

So, kalau anda dalam situasi ni.. anda mahu buat apa?

~terima kasih sudi baca dan maaf kalau ada typo.. hehe.. type dekat hp memang begini.. tangan terlalu comel..hehehe