Khamis, 29 Disember 2016

BLINK SLEEPOVER 1.0 di Markas Blink


Hai semua... Assalamualaikum. Salam Jumaat..

Hari ini Sis ingin berkongsi dengan pembaca tentang aktiviti "Blink Sleepover" yang telah dijalankan pada 3 dan 4 Disember yang lalu..

Ianya dilaksankan di MARKAS BLINK yang serba BIRU dan PINK.. rasa macam taknak balik tau! lagi pun sekejap sangat program ni.. 2 hari 1 malam.. tak cukup!

Blink Fairies : Penulis Blink
Blink Lovelies : Pembaca Blink (blinkers)

Jom tengok gambar-gambar ini..


Tengoklah Blink Fairies, Kak Nana yang sanggup layan Blink Lovelies macam princess..

Kak Ain Maisarah!!! Comel kan?


 Ini ialah editor Blink Book yang sangat pandai masak. Ini ialah slot "Aku mahu jadi novelistar"




Kak  Izanor Sharif pun buat lawatan mengejut! Siap bawa Irfan lagi..



Sebenarnya, lepas habis slot "Aku Mahu Jadi Novelistar" ada slot dengan Abang Azanil Fiti dan Abang Aman Wan untuk slot "Now everyone can talk!" tapi, tak jumpa pula gambar... Kalau nak tengok, boleh pergi ke Instagram Sis ok!
 Dengan rakan baru..


Ha... makan dan makan dan makan dan makan... Itulah kerja kami..


So Blue and Pink right? Say BLINK!


Kita ada popcorn hour sambil detemani teddy blink yang comel-comel!


Ini bilik kumpulan Sis.. Ada bilik lain lagi.. Yang pastinya, bilik-bilik ini sangat cantik!


 Lepas popcorn hour, ada pillow talk dengan Kak Ain yang akhirnya menjadi book talk..hmm lepas itu, apa lagi? tidurlahkan.. tapi sebelum itu, kami diberi mask setiap seorang.. BEST!!

Gambar-gambar ini untuk hari kedua ya!
Dengan penulis Abang Alam Anuar yang seperti artis KPOP!!

Dengan Blink Fairies, Kak Syasha!!!



comelkan Teddy Blink itu! RINDUUUUU.. nampak tak macam dulang itu? Itu sebenarnya logokkan jajan buat senaman mulut..hehehe.. tak lapar kalau duduk sini..

Dengan Blink Fairies, Kak Ira!!!


Dengan Blink Fairies, Kak Nana!!!


Gambar dengan Kak Shiela tak dapat dikesan lah..huhuhu..mana gambar ni... :(


Dapat sijil dan gambar! Yayy..
Dannnnnnnnnnnnnn gambar akhir sekali dengan penulis kesayangan ramai..

Kak Ain Maisarah!!


Sampai disini sahaja.. maaf kalau ada yang tercicir.. kalau ada yang typo..

Yang ikhlas, Sis Amani :)

Terima kasih sudi baca..

Khamis, 8 Disember 2016

Peminat Blink Book sejak 2012

Assalamualaikum... Hai!!! Ya Allah rindu nak update blog!! Teruja kejap heheheh..

Ok, siapa tahu apa itu Blink Book ?

Secara umumnya, Blink Book adalah syarikat penerbitan buku yang menerbitkan buku-buku untuk remaja. Blink Book merupakan anak syarikat kepada PTS. :)

Kalau tengok dari tajuk diatas.. " Aku Mahu Popular " merupakan buku pertama Ain Maisarah atau lebih mesra dipanggil Kak Ain.

Siapa Ain Maisarah ?

Kak Ain merupakan seorang penulis novel yang terkenal dan boleh dikatakan penulis nombor satu yang paling diminati oleh peminat-peminat buku yang masih remaja.

SIS MERUPAKAN SALAH SEORANG PEMINAT BLINK BOOK DAN KAK AIN MAISARAH!!

Kalau yang baca entry lebih kurang sebaya Sis sahaja, bolehlah cuba untuk mendapatkan buku-buku terbitan blink book yang sememangnya ada title "bestseller". Kira rugilah zaman remaja korang kalau tak pernah baca satu pun buku Blink Book.

Untuk yang dah jadi ibu bapa, saya sarankan beli untuk anak-anak sebab bahasa melayu yang digunakan novel ini pun menggunakan bahasa melayu penuh dan standart.

Novel pertama Kak Ain dan buku kedua blink book yang saya baca. Serius BEST!

Inilah Kak Ain Maisarah.. Comelkan...


Gambar ini diambil dari google :)

Ok, Sis sebenarnya pernah baca buku Kak Ain ni tahun 2012.. tapi tak ingat buku apa.. dan buku itu pun Sis tak habis baca sebab waktu tu belum minat betul-betul lagi nak baca buku..hehehe. almaklumlah, pemalas! lepas tu, tak baca dah buku Kak Ain, sampailah tahun ini.. (2016) Kak Ain datang sekolah Sis melalui program "Jelajah Sekolah" and Sis mula terjebak balik dengan buku hasil tulisan Kak Ain dan buku kedua yang Sis baca adalah buku kat atas tu.. buku "Aku Mahu Popular."


Dan Alhamdulillah setakat (entry ini ditulis) Sis dah ada 14 buku Kak Ain... Haaaa kiranya dah boleh blinkers lah kan.. hehehe

BLINKERS? APA ITU?

Blinkers adalah gelaran kepada seseorang yang pernah membaca walaupun satu buku blink book..

Tak silap Sis lah kan, Kak Ain dah ada 119 buah buku dan tahun 2016 ini, cukuplah sepuluh tahun Kak Ain menjadi seorang penulis. TAHNIAH KAK AIN!

Oh ya, Kak Ain juga dah ada beberapa orang penulis bersama....

MEMPERSEMBAHKAN (ewah..)


Abang Azanil Fitri
Penulis untuk siri hero dan terbaru hantu mahu.


Abang Aman Wan ataupun Abang Tembam..heheheh
Penulis dan pelukis bagi siri nomik iaitu Novel + Komik lawak sekolah. Dia juga dah ada beberapa buah novel..


Kak Hazira Hanapi @ Kak Ira
Kak Ira ini kira penulis kegemaran Sis lah.. dia dah hasilkan 3 buah buku.. Bakal menyusul novel bertajuk "Aku Mahu Jadi Travelistar" Tak sabar nak dapatkan buku tersubut!


Kak Rashiela Nurain @ Kak Shiela
OMG dia dah banyak kali pergi Korea tau! Jadi, buku-buku dia pun memang kebanyakkannya based on KOREA!


Kak Izanor Sharif
Menulis bagi siri dongeng.. Buku-buku dia Sis pasti korang tak bosan!


Abang Haziq Ridzuan
Penulis yang sangat diva! Opss..maaf ya abang Haziq!


Abang Alam Anuar
Abang Korea celup! Abang Alam pun dah tiga kali pergi Korea dan buku-buku dia pun sangatlah BEST!


Kak Eima Manan
Setakat ini, Sis ada satu buku dia tapi belum habis baca lagi.. dalam proses 👍


Kak Jumie..
buku tulisan dia yang " Aku Mahu Adik Manja" itu paling sedih yang pernah Sis baca.. sampai meleleh-leleh hingus dibuatnya!


Kak Khairiah
Penulis yang satu-satunya dari Kota Singa!




Abang Khairil Kamarudin
Penulis bagi novel Gadis Novel lawan Budak Komik.


Abang Fazla! Mesti sedap kalau dapat makan kek hasil air tangannya..

Setakat itu sahaja.. Oh ya, sebelum terlupa.. InshaAllah Sis akan update entry mengenai Blink Sleepover pula selepas ini.. Dan ada 2 penulis blink yang baru akan dikongsikan dalam entry tersebut.. InshaAllah.. doa-doakan Sis sebab banyak lagi entry yang tertunggak ini.. hehehe..

Sehingga berjumpa lagi dalam entry akan datang..

~Salam sayang, Blinkers Amani yang teringin menjadi penulis Blink Book..

BYE! 😘

maafkan Sis kalau ada terkasar bahasa..