Khamis, 29 Disember 2016

BLINK SLEEPOVER 1.0 di Markas Blink


Hai semua... Assalamualaikum. Salam Jumaat..

Hari ini Sis ingin berkongsi dengan pembaca tentang aktiviti "Blink Sleepover" yang telah dijalankan pada 3 dan 4 Disember yang lalu..

Ianya dilaksankan di MARKAS BLINK yang serba BIRU dan PINK.. rasa macam taknak balik tau! lagi pun sekejap sangat program ni.. 2 hari 1 malam.. tak cukup!

Blink Fairies : Penulis Blink
Blink Lovelies : Pembaca Blink (blinkers)

Jom tengok gambar-gambar ini..


Tengoklah Blink Fairies, Kak Nana yang sanggup layan Blink Lovelies macam princess..

Kak Ain Maisarah!!! Comel kan?


 Ini ialah editor Blink Book yang sangat pandai masak. Ini ialah slot "Aku mahu jadi novelistar"




Kak  Izanor Sharif pun buat lawatan mengejut! Siap bawa Irfan lagi..



Sebenarnya, lepas habis slot "Aku Mahu Jadi Novelistar" ada slot dengan Abang Azanil Fiti dan Abang Aman Wan untuk slot "Now everyone can talk!" tapi, tak jumpa pula gambar... Kalau nak tengok, boleh pergi ke Instagram Sis ok!
 Dengan rakan baru..


Ha... makan dan makan dan makan dan makan... Itulah kerja kami..


So Blue and Pink right? Say BLINK!


Kita ada popcorn hour sambil detemani teddy blink yang comel-comel!


Ini bilik kumpulan Sis.. Ada bilik lain lagi.. Yang pastinya, bilik-bilik ini sangat cantik!


 Lepas popcorn hour, ada pillow talk dengan Kak Ain yang akhirnya menjadi book talk..hmm lepas itu, apa lagi? tidurlahkan.. tapi sebelum itu, kami diberi mask setiap seorang.. BEST!!

Gambar-gambar ini untuk hari kedua ya!
Dengan penulis Abang Alam Anuar yang seperti artis KPOP!!

Dengan Blink Fairies, Kak Syasha!!!



comelkan Teddy Blink itu! RINDUUUUU.. nampak tak macam dulang itu? Itu sebenarnya logokkan jajan buat senaman mulut..hehehe.. tak lapar kalau duduk sini..

Dengan Blink Fairies, Kak Ira!!!


Dengan Blink Fairies, Kak Nana!!!


Gambar dengan Kak Shiela tak dapat dikesan lah..huhuhu..mana gambar ni... :(


Dapat sijil dan gambar! Yayy..
Dannnnnnnnnnnnnn gambar akhir sekali dengan penulis kesayangan ramai..

Kak Ain Maisarah!!


Sampai disini sahaja.. maaf kalau ada yang tercicir.. kalau ada yang typo..

Yang ikhlas, Sis Amani :)

Terima kasih sudi baca..

Khamis, 8 Disember 2016

Peminat Blink Book sejak 2012

Assalamualaikum... Hai!!! Ya Allah rindu nak update blog!! Teruja kejap heheheh..

Ok, siapa tahu apa itu Blink Book ?

Secara umumnya, Blink Book adalah syarikat penerbitan buku yang menerbitkan buku-buku untuk remaja. Blink Book merupakan anak syarikat kepada PTS. :)

Kalau tengok dari tajuk diatas.. " Aku Mahu Popular " merupakan buku pertama Ain Maisarah atau lebih mesra dipanggil Kak Ain.

Siapa Ain Maisarah ?

Kak Ain merupakan seorang penulis novel yang terkenal dan boleh dikatakan penulis nombor satu yang paling diminati oleh peminat-peminat buku yang masih remaja.

SIS MERUPAKAN SALAH SEORANG PEMINAT BLINK BOOK DAN KAK AIN MAISARAH!!

Kalau yang baca entry lebih kurang sebaya Sis sahaja, bolehlah cuba untuk mendapatkan buku-buku terbitan blink book yang sememangnya ada title "bestseller". Kira rugilah zaman remaja korang kalau tak pernah baca satu pun buku Blink Book.

Untuk yang dah jadi ibu bapa, saya sarankan beli untuk anak-anak sebab bahasa melayu yang digunakan novel ini pun menggunakan bahasa melayu penuh dan standart.

Novel pertama Kak Ain dan buku kedua blink book yang saya baca. Serius BEST!

Inilah Kak Ain Maisarah.. Comelkan...


Gambar ini diambil dari google :)

Ok, Sis sebenarnya pernah baca buku Kak Ain ni tahun 2012.. tapi tak ingat buku apa.. dan buku itu pun Sis tak habis baca sebab waktu tu belum minat betul-betul lagi nak baca buku..hehehe. almaklumlah, pemalas! lepas tu, tak baca dah buku Kak Ain, sampailah tahun ini.. (2016) Kak Ain datang sekolah Sis melalui program "Jelajah Sekolah" and Sis mula terjebak balik dengan buku hasil tulisan Kak Ain dan buku kedua yang Sis baca adalah buku kat atas tu.. buku "Aku Mahu Popular."


Dan Alhamdulillah setakat (entry ini ditulis) Sis dah ada 14 buku Kak Ain... Haaaa kiranya dah boleh blinkers lah kan.. hehehe

BLINKERS? APA ITU?

Blinkers adalah gelaran kepada seseorang yang pernah membaca walaupun satu buku blink book..

Tak silap Sis lah kan, Kak Ain dah ada 119 buah buku dan tahun 2016 ini, cukuplah sepuluh tahun Kak Ain menjadi seorang penulis. TAHNIAH KAK AIN!

Oh ya, Kak Ain juga dah ada beberapa orang penulis bersama....

MEMPERSEMBAHKAN (ewah..)


Abang Azanil Fitri
Penulis untuk siri hero dan terbaru hantu mahu.


Abang Aman Wan ataupun Abang Tembam..heheheh
Penulis dan pelukis bagi siri nomik iaitu Novel + Komik lawak sekolah. Dia juga dah ada beberapa buah novel..


Kak Hazira Hanapi @ Kak Ira
Kak Ira ini kira penulis kegemaran Sis lah.. dia dah hasilkan 3 buah buku.. Bakal menyusul novel bertajuk "Aku Mahu Jadi Travelistar" Tak sabar nak dapatkan buku tersubut!


Kak Rashiela Nurain @ Kak Shiela
OMG dia dah banyak kali pergi Korea tau! Jadi, buku-buku dia pun memang kebanyakkannya based on KOREA!


Kak Izanor Sharif
Menulis bagi siri dongeng.. Buku-buku dia Sis pasti korang tak bosan!


Abang Haziq Ridzuan
Penulis yang sangat diva! Opss..maaf ya abang Haziq!


Abang Alam Anuar
Abang Korea celup! Abang Alam pun dah tiga kali pergi Korea dan buku-buku dia pun sangatlah BEST!


Kak Eima Manan
Setakat ini, Sis ada satu buku dia tapi belum habis baca lagi.. dalam proses πŸ‘


Kak Jumie..
buku tulisan dia yang " Aku Mahu Adik Manja" itu paling sedih yang pernah Sis baca.. sampai meleleh-leleh hingus dibuatnya!


Kak Khairiah
Penulis yang satu-satunya dari Kota Singa!




Abang Khairil Kamarudin
Penulis bagi novel Gadis Novel lawan Budak Komik.


Abang Fazla! Mesti sedap kalau dapat makan kek hasil air tangannya..

Setakat itu sahaja.. Oh ya, sebelum terlupa.. InshaAllah Sis akan update entry mengenai Blink Sleepover pula selepas ini.. Dan ada 2 penulis blink yang baru akan dikongsikan dalam entry tersebut.. InshaAllah.. doa-doakan Sis sebab banyak lagi entry yang tertunggak ini.. hehehe..

Sehingga berjumpa lagi dalam entry akan datang..

~Salam sayang, Blinkers Amani yang teringin menjadi penulis Blink Book..

BYE! 😘

maafkan Sis kalau ada terkasar bahasa..






Rabu, 16 November 2016

Mengimbau kenangan zaman sekolah rendah 3.0

Helloooo.. Assalamualaikum semua :)

Hai.. apa khabar? Sihat ? Sis doakan pembaca semua dalam keadaan sihat ye πŸ˜„

Baiklah, memandangkan esok (17/11/2016) ialah tarikh bagi semua darjah enam di seluruh Malaysia kerana mereka akan ambil keputusan UPSR ! *ha.. ayok..*

Ade ke yang baca blog Sis ni darjah 6 ? Kalau ada, Sis doakan anda peroleh keputusan yang cemerlang dan tak lupa juga kepada ibu2 dan bapa2 yang ada anak nak ambil result esok.. Semoga memperoleh kejayaan ye.. Amin...

Jadi, apa salahnye kalau Sis kongsi tips nak ambil result esok kan?

Tips nya ialah :

1. Siapkan dulu baju sekolah. Gosok sampai licin .. heheh baru semangat nak ambik result esok kan.. ☺

2. Esok bangun awal supaya dapat solat subuh dan sarapan.. lagi pon, kalau bangun awal takdelah tergesa gesa.. πŸ˜‰

3. Sepanjang dalam perjalanan ke sekolah dan menunggu nak dapat result, selawat banyak2 ya!

Lepastu bila dah tahu keputusan, redha dengan apa jua keputusan sebab awak dah berusaha dengan baik...

Sebab tajuk pon mengimbau kenangan kan, so meh lah Sis nak berkongsi cerita Sis waktu nak ambil result UPSR dulu..

Waktu Sis nak ambik result dulu, dalam kereta lagi Sis dah dup dap dup dap.. pehhh memang gementar lah kan.. dalam kereta asyik sebut takut je..

Waktu tengah tunggu result tu, Sis memang anggap dapat 3A 2B jelah.. sebab Sis lemah sikit math dengan BI time sekolah rendah dahulu kala.. hehehe.. tapi sekarang Alhamdulillah.. Allah permudahkan..

Ok back to the story, tiba2 bila result dah keluar Sis dapat 4 A 1 B... tapi memanglah sebelum result tu ade tanam cita-cita nak dapat 5 A..

ALHAMDULILLAH.. so korang rase Sis dapat ape yang 'B' tu.. math? TAK!!! sains Sis yang B! Ya Allah.. redha je lah waktu tu.. memang tak sangka math A tapi sains B.. sebab sepanjang percubaan UPSR.. sains Sis selalunya A.. math tu adelah B kekadang C..

Terkilan lah juga .. yelah subjek sains yang ulang tu susah kott.. ramai kawan2 Sis yang dapat 5A time percubaan dapat 4 A 1 B dan B mereka ialah SAINS!

Siapelah yang bocor kan soalan ni?!?!

Tapi nak buat macam mana.. semuanya Allah yang aturkan kan?

Jadi, lepas dah dapat tahu keputusan tu Sis tetap happy jugak sebab tak sangka math and BI A.. cepat2 pergi dekat cikgu math Sis yang ajar Sis time darjah 6.. nama dia Cikgu Ailin (melayu ea, bukan cina walaupon muka dia putih. Heheheh)

Sis cakap "Cikgu, saya dapat math A! Terima kasih cikgu!"

Cikgu pon cakap "yeke? Alhamdulillah! Tahniah!" lepastu cikgu bagi Sis 'hadiah' lah sebab dapat A.. Sis mula2 taknak ambik 'hadiah' tu tapi Cikgu cakap itu ibarat reward lah sebab Sis dapat A.. banyak jasa cikgu ni.. Allah jelah yang mampu balas..

Lepastu jumpe kawan2 tanya, kau dapat ape? Kawan tanya Sis, dapat berape? Haaaa macam2 lah.. hehehe

Yang menariknye, adelah sorang ayah kepada kawan Sis ni kata nak ambik gambar Sis dengan anak dia.. 'dia' tu Ketua Pengawas zaman tu.. alah, kitaorang pon kenal since darjah 1 so macam tak kisah lah sebab kawan2 kan.. dari nak ambik gambar pegang result berdua, kawan baik Sis, Alia n Sabryna join sekali.. hahaha.. lawak pulak bila teringat balik..huhuhuh..

Lepastu bila dah balik rumah time tu pulak hujan selebat lebatnya seperti tahu2 je Sis sedang gembira.. Apa lagi? Mandi hujan lah Sis depan rumah.. HAHAHAH lepastu jiran dari dalam rumah tanya "dapat berapa A ?" macam happy je?..

MEMANG HAPPY PON!!

Dan begitulah ceritanya.. Alhamdulillah..

Jadi, di kesempatan ini *macam hari raya plak* Sis nak bagi ucapan khas buat guru2 sekolah tadika dan sekolah rendah Sis..

"Cikgu, terima kasih sebab ajar saya tanpa rasa jemu.. dari saya tak tahu, sampai saya tahu.. Dari saya tak tahu berpidato, sampai saya sedar saya ada bakat tu.. lagi2 kepada cikgu2 math saya yang tak jemu layan soalan2 saya.. TERIMA KASIH CIKGU! Semoga Allah membalas jasa kamu semua.. Amin.. "

Panjang lagi nak ucap sebenarnya hehehe.. apa2 pon kenangan cikgu2 bersama saya akan sentiasa abadi dalam fikiran saya..

SAYA SAYANG CIKGU-CIKGU SAYA!

Terima kasih sudi baca 😘

Maaf kalau ade yang tersinggung.. maaf juga kalau ade typo.. yelah jari makin gemok!

Bye!!

Isnin, 14 November 2016

Mengimbau kenangan zaman sekolah rendah 2.0

Assalamualaikum dan selamat pagi ☺

"Merenung ke luar jendela.. melihat kebesarannya.. mensyukuri segala nikmat.. yang di kurniakan di dunia.."

~ Adamu by Najwa Latif

Alhamdulillah hari ini Sis akan sambung semula cerita mengenai zaman sekolah rendah Sis yang kalau setahun cerita pon memang tak habis ! *ye ye je*

Hari ni Sis nak share time Sis darjah 5.. Siapa2 yang baca entry ni yang pernah satu sekolah dengan Sis diaorang mungkin ingat-ingat lupa kot pasal peristiwa ini..

Cerita dia macam ni....


Pada zaman dahulu *dahulu lah sangat* , alah... susah ah cerita macam dalam buku ni.. hehehe

Ok2.. macam ni.. Waktu Sis darjah 5 , Cikgu subjek sains Sis suruh buat satu uji kaji ni yang melibatkan topik mikroorganisma..

Jadi kitaorang pon kene guna roti sebab kalau roti tu dah basi, of course akan keluar kulat kan.. and jangan ade yang tak tahu pulak kulat tu mikroorganisma ye! Hehehe

Jadi langkah-langkah nak buat nye ialah

Ambil sekeping roti dan renjis2 kan air kat atas roti tu. Kemudian letak kan roti tersebut di dalam plastik lut sinar... tunggu lah about satu minggu macam tu then tengok ape jadi kat roti tu..

Jawapanya : roti tu akan ditumbuhi dengan tompokan hitam (kulat) ..

Ok, dapat tak? Kalau tak dapat ade Sis kisah? HAHAHA

Sebenarnya uji kaji ni telah dilakukan pada awal tahun.. lepastu tak ingat lah ade apa kat kelas Sis sampai semua pelajar kene keluar kan semua buku dari dalam beg dan pastikan beg mereka kosong.. tapi serius Sis tak ingat sebab ape.. waktu ni dah nk akhir2 tahun..

Lepas tu cube korang teka ape terjadi? Tak dapat teka? Meh Sis bagitahu..

Adelah sorang classmate Sis, waktu si classmate ni keluar2 kan barang dia terus bau busuk satu kelas.. RUPA RUPANYA DIA MASIH SIMPAN LAGI ROTI TU SAMPAI DAH HIJAU WARNA ROTI TU!! EWWWWW..

Nak2 waktu tu pon waktu sains.. cikgu Sis pon terkejut dia simpan lagi roti.. sayang agaknya? HAHAHAHA

tu je nak share ngan korang,

Jadi persoalannya.. siapa classmate Sis yang bertuah tu? Yang penting, dia lelaki hehehe..

BYE..

TERIMA KASIH SUDI BACA KISAH BUDAK SEKOLAH RENDAH NI! 😘

Review buku "Cerita & Cinta" Irine Nadia

ASSALAMUALAIKUM..

Berapa hari dah Sis tak jenguk blog Sis ni..hehehe..

Ok, terus kepada point kita hari ini.. Hari ni Sis nak kongsi tentang sebuah buku yang memberi inspirasi kepada Sis.. Iaitu buku "CERITA DAN CINTA" yang merupakan sebuah coretan oleh Irine Nadia..

Gambar buku ni ade kat instagram Sis..

Korang kenal tak Irene Nadia ni siapa? Irine Nadia ni merupakan seorang blogger dan telah berkahwin pada usia yang muda.. Dia juga telah mempunyai 3 orang anak..

Inspirasi ape?

Untuk yang dah pernah baca mesti kata " eh inspirasi nak kahwin muda ke? " 

BUKAN LAH!!!

Inspirasi untuk Sis pergi kearah kebaikan sebab dalam buku ni, Kak Irine menceritakan bagaimana susahnya dia nak cari duit untuk tampung pembelajaran dia dekat MSU tanpa ditolong oleh ibu bapa..

Lepastu, bagaimana dia buka sebuah butik yang bernama "Fiska" sempena nama anak sulungnya yang pertama iaitu " Fiska Medina "

Yang paling Sis kagum dengan Kak Irine ni, dia seorang yang kuat sebab dalam buku ni pon suami dia menceritakan perihal anak kedua mereka iaitu " Hasya Tasnim " yang ada masalah jantung berlubang .. kesian..  baby lagi waktu tu.. KORANG KENE BACA!

Macam2 dugaan yang Kak Irine ni tempuhi dan pada pandangan Sis, suami dia banyak bagi sokongan kat dia sebab suami seorang yang sangat penyabar !

Macam2 lagi Kak Irine cerita dalam buku ni! Korang boleh beli.. Memang Sis cadang kan..

Yelah, waktu Kak Irine ni kahwin, dia still lagi belajar dan lepastu bila dah ade anak pon dia still lagi seorang pelajar.. macam Sis cakap kat atas tadi, Kak Irine ade butik dia sendiri.. Dan dia dah ada butik tu time usia dia yang sangat muda iaitu umur dia 23 tahun!!!

Untuk pengetahuan korang, Kak Irine dah start berniaga umur 15 TAHUN!! Wow!! Sis pon mintak duit kat mak ayah lagi..

Serius bagus buku ni.. tak rugi kalau beli..
Harga pon RM 25.. berbaloi!!


πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’• REALLY ADORE HER!

Ok.. tu saje.. bye.. sorry kalau ade terkasar bahasa..

TERIMA KASIH SUDI BACA! 😘






Rabu, 9 November 2016

Segment : Jom Blogwalking Bersama Ayu Insyirah

ASSALAMUALAIKUM!!

Wow harini kiranya berentry entry Sis update, jarang berlaku nihh.. dari tajuk mesti korang dah agak kan ape dia yg Sis nak kongsi kali ni..

Ya, tepat sekali... ianya mengenai ......
comelnye.. macam kanak2 riang



Lahaiiiii... senang je syarat2 dia.. cuba main2 tekan banner kat atas tu tengok ape ade...

kali ni Sis nak tag siape ek ?

Aisyah Nyais
Akhalilah

JOM2 SERTAI SEKARANG!


November Bloglist by Fatina

Assalamulaikum :)

Ok, entry harini ialah mengenai " NOVEMBER BLOGLIST BY FATINA "

Cantikkan warna banner ni ! Sis jatuh cinta tau !


Sis sebenarnya sangat suka blog kak Fatina nih... sebab blog dia sweet and simple. Lepastu, blog dia menggunakan fully english. Jadi Sis boleh improve grammar Sis... dan sebenarnya Sis banyak lagi kelemahan dalam bahasa inggeris nih... hehehehe

Actually, ( tetiba keluar english plak dah.. HAHAHAHA ) segment ni dah bermula 2 November 2016 dan akan berakhir pada 14 November 2016 

Jadi tunggu apa lagi.. marilah sertai segment ini... 

Kalau nak tahu syarat2 penyertaan boleh tekan banner kat atas tu ok..

Jadi Sis nak tag kawan (bukan kawanlah but more tu "akak")  baru Sis :


SELAMAT MAJU JAYA SEMUA

Terima kasih sudi baca!!








Mengimbau zaman sekolah rendah 1.0

Bismillahirahmanirahim..
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum Semua 😊

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.."

~najwa latif

Eh2 dah kenape Sis nyanyi lagu ni hehehe.. Sebenarnye sekarang Sis tengah cuti sebab sekolah Sis sedang menjalankan SPM.. bukan sekolah Sis je, satu Malaysia !

Jadi disebabkan 'ke-boring-an' (suka hati aku je HAHAHAHA) yang melampau, Sis pon dok belek2 ig.. Lepastu adelah sorang kawan Sis ni post gambar waktu darjah 5 kat UNITEN sebab kitaorang join OH MY ENGLISH!

Terus Sis rase nak share kat blog..

To be honest, zaman sekolah rendah adalah zaman 'gila-gila'  bagi Sis.. Dari darjah 1 sampai Darjah 6, Sis paling suka time darjah 6.. HOHOHO senior katanye! (Senior hingusan adelah HAHAHA)

Korang nak tahu tak? Tahun kitaorang jadi darjah 6 ni lah tahun yang paling unik!

Nak tahu sebab apa? Sebab kitaorang kene ulang UPSR 2 KALI.. sis ulang, 2 KALI !!  hah ambik kau.. tak pernah ade dalam sejarah kan.. sebab tu lah tahun tu KAMI paling UNIK! Korang hadooo?

Macam2 peristiwa yang terlintas dalam fikiran Sis sekarang ni.. satu2 keluar macam dalam episod kat TV.. I miss my primary school!

😭😭😭 RINDU CIKGU2 , KANTIN , KELAS , TANDAS (tandas pon πŸ˜‚), DEWAN, TAPAK KOKURIKULUM, MAKMAL KOMPUTER, BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP, MAKMAL SAINS, LAMPU - MEJA - KERUSI - KIPAS , PAKCIK JAGA ( eh2 melalut dah tuuu )

Paling rindu of course lah

MY BFF AND MY 6 USM CLASSMATE ! auchhh serius RINDU!!

Sebenarnya Sis ni ramai kawan. Tak terhitung banyak nyee. Bak kata pepatah " Berkawan biar beribu, berkasih biar satu" HAHAHAHA ok Sis gurau jewww..

Tapi kawan yang betul2 rapat zaman sekolah rendah dulu adalah

NUR ALIA - ( DIA NI ADA TAIK LALAT HOHOHO ) *sorry Alia*

Alia ni, cerdik orang nye.. antara BFF Sis, dia kira cam paling pandai ah kat sekolah rendah.. pastu tahap ' gila2 ' dia tu lagi over dari Sis.. tapi walaupon dia ' gila2 ' cam tu, Sis kagumi macam mana parents dia didik dia dengan ajaran agama.. Dia selalu ajak Sis pergi solat.. Ingatkan Sis bila Sis nak buat sesuatu.. I really miss her.... oh ye, tapi dia ni garang tau ! Dia ni pengawas sekolab since darjah 2..

SABRYNA SI CANTIK 

Sis panggil dia Sab je.. HAHAHA tak baikkan Sis ni, nama orang tu kemain sedap suka hati jek panggil Sab.. *ingat Subway ke hape* Dia ni cantikkk, feloless,gojes haa ape lagi? (muka cam cina tau..jangan main2) Oh, dia ni otak geliga jugak orangnye! Kalau Alia pandai kat sekolah rendah, (tapi Alia ni pandai 2 dua skolah lah) Sabryna ni pulak otai sekolah KAFA ! Fuhh.. susah tau nak pintas dia! Untuk pengetahuan korang, dia ni pelajar terbaik bagi ZON untuk keputusan UPKK tau! Kau hadoooo (Sis pon takdok)
Sab ni pon pengawas sekolah gak waktu kat SK**


AINA NADHIRAH SI COMEL

Kenapa comel? Sebab dia ni badan kecik2 je.. pastu 'rendah'je orang nya.. bukan rendah ape, rendah diri.. (HAHAHAHA) .. Dia ni mulut macam bontot ayam tahu tak.. pok pek pok pek.. Pastu minat gila ngan korea.. ( tak tahulah sekarang minat lagi ke tidak .. ) dia ni ade suka kat sorang mamat niiii ... alaaa time tu bukannye matang lagi pon HAHAHA.. aku ni perati je dia... dalam adik beradik dia, dia PALING bising! Huuuuu.. sabar jelah... Dia ni plak pengawas pusat sumber..

NURUL FARHANAH SI GADIS AYU

Kenape ayu? Sebab dia memamg ayu... alaaaaa rindu dia sangat2 sebab dia pindah sekolah kat shah alam time darjah 5 .. SEDIH TAU! Dia ni pon pandai!! Hmmm apelah jadi kat dia sekarang... dia ni ramai fans ! ( gurau je lahh) kalau ade antara kalangan kitaorg yg sedih, dia ni lah yang suke buat lawak.. hmmm.. miss you so much Far..  tengok, dia pon panggil FAR je.. Cube banyak kan kalau panggil Alia "ALI" je ... HAHAHAHA

Diorg ni lah yg paling rapat ngan Sis.. hmmm.. Harap dapat jumpe diorg same2 satu hari nanti.. InshAllah.. Amin..

>> Love U so much girlss..

Bye, Assalamualaikumm nantikan 2.0 punya..

Selasa, 8 November 2016

Review Movie Trolls

Assalamualaikum ☺

Selamat pagi dunia! Semoga anda diluar sana sedang bahagia disamping orang tersayang (hohoho macam DJ radio)

Sis harini nak share dengan korang pasal cerita "TROLLS" .. sape dah tengok? (Yeahh kita geng)

Sebelum nak baca review, baca dulu kisah Sis ni hehehehe..

Hari Ahad yang waktu deepavali tu, Sis dan keluarga Sis pergilah jogging kat Cyberjaya.. lepas dah jogging, kitaorg rase (lagi2 adik Sis) nak tengok wayang.. Sis cadangkan tengok doctor strange tapi diorang tak nak (sedih idea kene tolak)

Lepas dah habis jogging tu pergi makan pulak nasi lemak kat Putrajaya (HAHAHA DAH HABIS JOGGING, KITA TAMBAH LEMAK PULOK)

Oh, nasi lemak kat sini memang terbaik lah*mungkin boleh buat entry pasal nasi lemak beratur kat Putrajaya ni*

Waktu makan2 tu, bincang punya bincang.. hmmm tengok cerita trolls lah nampak nye 😭😭 *hancur.. hancur.. aku...*

K lah.. tengok trolls pon trolls lah kan ..

Lepas makan, pergi balik Cyberjaya. Kali ni pergi tengok wayang kat D'pulze (betul ke ejaan ni?)

Selalu tengok kat IOI CITY MALL (tkdelah selalu sangat.. )

Dan... Sis terpaksa merelakan hati auchh..


Sinopsis cerita dari pandangan Sis :

Ianya mengisahkan tentang satu makhluk kecil yang amat amat comel, tinggal di sebatang pokok yang amat besar. Nama makhluk itu ialah 'Trolls'

Lepastu, ade lagi satu makhluk lain yang amat besar mempercayai bahawa, jika mereka ingin bahagia mereka mesti makan 'trolls' tersebut..

Tetapi, pada suatu hari dimana hari "Trollties" (makluk besar makan Trolls untuk rasa bahagia) terkejut apabila mendapati bahawa tiada satu pon Trolls di pokok tersebut..

Rupa2nye.. kesemua trolls tersebut telah melarikan diri melalui bawah tanah..

Akhirnya semua trolls terselamat diatas pimpinan Raja Trolls pada waktu.. Raja Trolls mempunyai seorang puteri bernama "Poppy"

Selepas 20 tahun dari peristiwa tersebut, Poppy telah menjadi puteri yang dewasa manakala ayah nya pula semakin tua..

Poppy ingin meraikan 20 tahun dapat melarikan diri dari makhluk besar tersebut.. Majlis tersebut menjadi majlis paling riuh, paling ceria dan PALING BISING sehingga dapat di'hidu' oleh seorang makhluk besar ..

Lepastu, makhluk besar datang ke tempat Poppy dan rakan2 nye dan mengambil beberape rakan baiknya.. 😭 sedih tau part ni..

Maka bermulalah misi Poppy ingin menyelamatkan rakan2nye.. Poppy ni happy orangnya, tabah, lepastu dia ni always be positive..

- The end -

Eh2, belum tamat lagi cerita ni sebenarnya..kalau nak tahu apa jadi, bolehlah tengok sendiri kat wayang nanti ok!

Untuk ibu bapa .. Sis sarankan, bawaklah anak2 tengok cerita ni sebab SERIOUS BEST! kalau ade 10 bintang, Sis bagi 50 bintang.. betul2 best

Haaaaa.. lagi satu,dalam cerita ni banyak lagu2 yang best.. tapi ada dua lagi yang Sis sangat2 suka iaitu lagu "Hello" dan "True Colour"

Bolehlah kalau korang nk search dengan youtube..

Mak Sis kata, lagu2 dalam ni lagu time dia kanak2 dan remaja..

Memang best la, cerita dia tak slow, cepatttt je... rase tak bosan, lepastu cerita ade banyak pengajaran yang baik, dan banyak aksi2 lawak dalam cerita ni (Sis dok gelak je)

Oklah, takdelah rase menyesal tak dapat tengok doctor strange lagi pon Sis ni kan kanak2 ribena lagi... HAHAHAHA.. tu yang boleh ngam tu..

Haaaaa..  dah panjang dah ni..  sampai sini jelah dulu..

K bye.. Assalamualaikum

Terima kasih sudi baca 😘

Ahad, 6 November 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

Assalamualaikum Semua...

Harini Sis SANGAT-SANGAT teruja...

Kenapa teruja sangat Sis Amani awak ni?!?!

*ohoii.. Sis tanya, Sis jawab.. hehehe

Kerana MEGA GIVEAWAY by BLOGGERS'S FAMILY dah mai dahhh!!!!



WOWOWOWOWOW DIA DAH MAIII




Yelah,  of course Sis excited sangat nak share dengan blogger lain kat luar sana..
Korang tak teruja ke? Takpe2 biar Sis menyemarakkan lagi semangat uolls supaya uolls join GA ni ok!

Firstly, GA ni dah bermula pada 5 November 2016 dan akan berakhir pada

--------------------10 DECEMBER 2016----------------

ha... lama kan.. SEBULAN OK!!!

ok, itu yang pertama..

Yang Kedua, syarat nak join GA ni pon memang senang kacang goreng!

Macam mane? Ok macam ni :

1. Korang kene follow dulu blog yang Sis senaraikan dekat bawah ni ok!

 πŸŒΉ Nur Nabila
 πŸŒΉ Lea Azleeya
 πŸŒΉ Rrai
 πŸŒΉ Aisyah Nyais
 πŸŒΉ Farrah
 πŸŒΉ Sayidah
 πŸŒΉ Kimchaa
 πŸŒΉ Azira
 πŸŒΉ Amy
 πŸŒΉ Huda
 πŸŒΉ Om
 πŸŒΉ Faezah
 πŸŒΉ Hanis Masturina

2. Lepas dah follow kat blog akak2 yang comel kat atas ni.. korang kene follow diorang dekat instagram.. bagi yang tiada instagram, cakap je takde.. Sis ade instagram dan Sis DAH follow mereka semua yang kat atas tu *sape2 nak follow Sis boleh follow @amani232* ... alaaa senang je pon.. Meh Sis kongsi nama ig diorang

@nur__nabila
@kim__chaa
@sayidahlurvechoc
@ombakbergigi_
@nurraihanahh
@azira_freesia
@Lea_azleeya
@amyhilmirda
@nurraysabeauty_shop
@hanismasturina
@farahudahud
@frrhnd_
@anis_khalilah
@fzhmdnr

CEPAT FOLLOW BLOGGER-BLOGGER DIATAS! takut nanti melepas..

3. Korang kene buat entry pasal GA ni *sis dah buat, anda bila lagi?*

4. Then, korang kene tag kawan-kawan korang... hmmmm sis nak tag kawan baru (blogger) sis lah...

   πŸŒΉ Ayunie Ramli
   πŸŒΉ Hanna Nazlan

5. Kemudian, awak2 semua copy and paste link kat komen blogger Nabila ok!

TU SAHAJA!!! SIMPLE, EASY..

Pastu hadiah dia pulak perghh memang letopsss gitteww.. kalau nak tahu, klik gambar kat atas tu ye! Hmmmm .. takyah dok pikir lagi.. lekaslah join GA sebelum tamat..

Pastu, kalau anda2 nak tahu, pemenang yang dipilih bukan 1 orang , bukan 3 orang,  bukan 5 orang tapi  15 - 16 ORANG..

Korang berpotensi menang.. jomlah join.
Hadoiii lengub tangah Sis.. k lah bye 😘

Terima kasih sudi baca 😊








GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS

Assalamualaikum SEMUAAAA!!




Harini Sis nak share kat semua yang ade blog, korang sangat-sangat bertuah tau!!!

Kenape bertuah pulak?

Sebab ada seorang blogger ni.. Ya Allah, baiknya hati dia..

Baik kenape pulak ni? haishhh berdebaww..

Sebab blogger ni ➡ realsviors.blogspot.my tengah buat giveaway sekarang...

Wah2! Best ni! Apa syarat2 kalau nak join GIVEAWAY ni?

Meh Sis kongsikan dengan para blogger sekalian apakah syarat2 penyertaan GIVEAWAY ni

Sure simple gila.. mmg SANGAT SENANG UOLLSSSSSS... Sebab tu kene join


1. Follow blog ni. (wajib) 

realsviors.blogspot.my

2. Buat satu entri bertajuk 'GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS'.

3. Letak gambar kat atas tu.

4. Backlinkkan ke entri ni.


http://realsviors.blogspot.my/2016/11/giveaway-penghargaan-sa-viors.html?m=1


5. Sertakan 2 maklumat berikut dalam entri tu :


Nama blog : Nurin Amani
Email : nurinamaniafeenddy2002@gmail.com


6. Dah siap, publishkan.

7. Tinggalkan url di ruangan komen.


Bila habis GIVEAWAY NI????

Bila2 je AKAN TAMAT ok!! Jadi cepat,cepat,cepat.. ape tunggu lagi.. dah ade peluang ni haaaa grab lah cepat..

Hadiah ape? 

Ya Allah.. Sis taknk share kat sini sebab korang kene KLIK sendiri gambar kat atas tu..

Oh, oklah rasenye dah terlampau panjang.. Jadi JOM LAH JOIN GIVEAWAY NI

Bolehlah kita kenal2 antara blogger2..

Semoga berjaya semua!

Terima Kasih Sudi Baca πŸ’•
https://4.bp.blogspot.com/-fg1_91OtXm8/WBy5JEE0QoI/AAAAAAAACrM/BB9NquuUV50vpDAyrWVQYib0o_x50QqYwCLcB/s1600/giveawaypenghargaan.jpg

Jumaat, 4 November 2016

# Part 3 Percutian di Pulau Pinang with my family

Hai.. Assalamualaikum pembaca sekalian 🌹

Harini Sis nak sambung mengenai percutian Sis di Pulau Pinang dengan keluarga Sis.. Ya, ni adalah #part 3 punya ok πŸ‘Œ

Jadi entry kali ni Sis nak share hari kedua Sis berade di Penang.. hehehehehe

'Hari yang indah, mulakan harimu dengan senyuman..'

~syukur selalu (Dayang n black)

Jadi hari kedua dekat Penang ni adalah hari yang paling MEMENATKAN sbb untuk hari ni mmg keluarga Sis memperuntukkan masa untuk jalan2...

Awal2 pagi lagi kami dah siap tau.. Jadi, sebelum kita nak jalan2 mencari pengalaman dekat Penang ni... WAJIB lah sarapan terlebih dahulu ye awak2 sekalailan.. haaa.. sekalailan pon boleyy.. sekalian... maaf πŸ˜‚πŸ˜‚

Kami pon sarapan dekat2 dengan apartmen kami.. Nak tahu tak? Sis makan 2 bungkus nasi lemak πŸ˜‚πŸ˜‚ HAHAHAHAH..  sedap n murah pulak tu.. tak silap sebungkus RM 1.00 je tau! mmg cenggini ah an πŸ‘πŸ‘

Lepas Sis dah kenyang dan keluarga Sis pon dh selesai makan.. Kami terus menuju ke........... TAMAN BOTANI! ye.... taman yg penuh dengan bunga-bungaan yg berwarna-warni..kalau yg lidah mat saleh tu.. ianya disebut BOTANICAL GARDEN.. Taman ni dari apartmen takdelah jauh sangat.. serius dekat! But nak masuk kenelah bayar.. tahun yg Sis pergi tu nak masuk bayar RM8.00 sorang...bukan free tau! Jadi, sediakan duit yang secukupnya😊 Dan semestinya mama saya yg bayarkan untuk saya.. yelah sbb Sis akn kecik lagi HOHOHOHOHO πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚untung jadi budak kecik ni kan..


Maaflah gambar tak cantik, malas nak transfer dari laptop ke phone πŸ˜‚


Dalam Taman Botani ni besar tau! Jadi kami pon naik ni sbb malas nak jalan.. lagipon Sis pergi ni bawak atuk.. jadi naik lah bende ni satu family...

Dalam dia cantik!!! Untuk pencinta alam seperti Sis ni mmg haruslah pergi sini kan!..

Sis taknk tunjuk gmbar kat sini sbb kalau nak tahu kene pergi sendiri! Kalau anda yang akan pergi Penang atau yg mmg penduduk tetap Penang.. boleh try pergi sini.. masuk pun murah...

Pastu kan.. kat sini ramai pasangan pengantin tangkap gambar tau .. WAH! Jadi over all Sis mmg SUKA tempat ni!!

selepas puas kami berade di Taman Botani, kami menuju pula ke Muzium Time Tunnel.. dalam muzium ni ianya menceritakan kepada para pengunjung mengenai pertapakan Bitish @ SHTI di Pulau Pinang. Bukan tu sahaja tau, ianya juga menyediakan lukisan2 3D yg sangat unik.. WAJIB PERGI! Sbb kalau nk post kat insta ke fb ke mmg rase bangga lah sbb gambar pon cantik2 kan..

Meh Sis kongsi gambar kat sini ⬇



Dalam gambar ni ade semua family Sis yg pergi Penang time ni.. kecuali atuk je takde..
Biar Sis perkenalkan!! Dari kiri : Pakngah Adi yanh hensem (hensem ke?), Faris ( my cousin yang paling baik), Ryan (sepupu Sis paling cute)



Alamakkkkkk... TOLONGGGGG!!!!



Haaaa... amacam? Unik kan? Sis dah ckp dh.. So, pergi tau.. ermmm masuk kene bayar TAPI serius puas hati.. nak masuk ni Sis sarankan korg wajib bawak alat yg ade camera.. kalau tak rugi je masuk sini! To be honest, kat sini je kitaorg dh tangkap beriban gambarπŸ˜‚ HAHAHAHAHAHA

Selepas dh ber'posing' smpai lebam kat muzium time tunnel ni.. kami bergerak pula ke... rumah P.Ramlee... ye, ni sahaja tempat yg setakat ni percumaπŸ˜‚ HAHAHA.. boleh tahan jugak sebenarnya rumah P.Ramlee ni..

But... kita kene bersambung dulu.. entry pasal rumah P. Ramlee dlm next entry .. so sehingga ni disini dlu.. maaf jika terkasar bahasa, tersalah kata.. sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah dan yg kurang itu datang dr khilaf saya sendiri.. Terima Kasih Sudi Baca kpd pembaca baru ataupun pembaca 'setia' blog Sis walaupun Sis tak tahu siapa anda 😘

Jadi bye2.. Assalamualaikum .. nantikan next entry ok! 😍😍

Boleh follow Sis di insta

➡amani232

Ataupon untuk berhubung boleh lah emelkan kpd

➡nurinamaniafeenddy2002@gmail.com

Khamis, 3 November 2016

Resepi Nasi Goreng

Assalamualaikum.

Hari ni Sis nak share mengenai resepi memasak nasi goreng..

Nasi goreng ape tu ? 

Nama dia 'nasi goreng mamaku tercintahh'

Kenape nama dia macam tu ? 

Sebab resepi ini adalah dari mama Sis tau! Tp taktahulah pulak mama dapat kat mane..

Ape bahan2nye?

- nasi putih
- 3 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar
- segenggam ikan bilis
-  1 sudu sos tiram
- kicap ( ikut selera )
- sebiji telur
- 2 sudu cili giling
- secubit garam
- sayur sawi
- lobak merah

Cara2 nak buat? 

Mula2 kita kene tumbuk dulu :
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Segenggam ikan bilis

Dah habis tumbuk tu (guna batu lesung) @ blender *tp sis tk suke blender, rase dia kurg ummphh* letak tepi dulu ye..

Lepastu,  potong lah segala sayur tu..

Kemudian ambik kuali dan tuangkan minyak (pandai2 sukat, tak banyak & tak sikit) bukak api πŸ˜‚ confirm semua dah tahu ni kan... lepastu tunggu sampai minyak betul2 panas...

Seterusnya, bila dah yakin seyakin yakinnya yg minyak dalam kuali tu dah panas.. boleh lah masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi...

hati2 ye sbb waktu ni minyak terpercik percik..

Lepas bahan yg ditumbuk td tu dh ade bau, masukkan sos tiram, kicap dan telur..

Kemudian gaulkan semua dan boleh masukkan lobak merah

Setelah itu, masukkan nasi putih dan gaul sehingga semua warna putih pada nasi bertukar menjadi warna gelap sikit (warna kicap n sos tiram)

Lepastu taburkan sayur sawi.. Sis masukkan sayur lambat supaya khasiat dia masih ade dan sayur tu segar bukannya layu..

Kemudian letakkan secubit garam secukup rase..

Gaul lagi sikit.... DAN SIAP!!

bolehlah kalau nk makan dengan keropok ke.. sedap gak tuuuu...

Oh lupe nak bgtahu, ini hidangan untuk 4 org tau!

Kuantiti nasi tu dalam 1/2 cawan

~selamat mencuba ☺

Isnin, 31 Oktober 2016

Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2016

Assalamualaikum semua!! haaa... jawab2, jangan tak jawab...berdosa!

How are you today? Sis, hari ni happy sbb cuti nak2 exam untuk subjek teras dah settle.. Alhamdulillah..

Jadi untuk entry kali ni Sis nak share dekat awak yang sedang baca ni tentang JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2016... ya.. berikan tepukan gemuruhhhh!!!πŸ˜‚

Best sangat ke Jamuan tu? Penting ke? 

Haippp... of course lah penting uollsss... tiap2 tahun LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH akan mengadakan jamuan ni.. Jamuan ni bertujuan untuk menghargai jasa pengawas sekolah terhadap sekolah.. haaaa gitewww..

Dan for sure lah yg jamuan ni mmg DA BOOM sbb ape? Sbb kita dapat berkumpul ramai2 antara guru2 pengawas dan pengawas2 sekolah yg terdiri drpd form 1 hinnga form 5.. bukan itu sahaja.. alumni pon *senior yg dh tamat skolah* turut serta dalm jamuan nihhh WAHHH!!! Sis rase jamuan ni lagi meletop dari anugerah meletop (angkat tangan... angkat tangan.. )

Spesial nye jamuan ni sbb ianya diuruskan oleh pengawas sendiri.. ianya bagi melatih pengawas untuk jadi pemimpin.. hebat kan? Jadi tiap2 tahun pengawas form 4 akn uruskan Jamuan ni..

Diorg akn uruskan dr A - Z jamuan ni.. mula dari cari duit lepastu urusan dewan, catering .. semualah!

Yg lower form ni just tolong skit2 je mcam tolong carwash (kitaorg basuh kete cikgu2) , tolong niaga *jual air dekat depan bilik gerakan pengawas*

Best tau!





Tema tahun ni masquerade WOWWW!! jadi kat atas tu kad jemputan nye... gempakkan smpai ade kad jemputan..mcm nak gi org kawen plak.. ahaksss πŸ˜‚πŸ˜‚

Jadi kita pon memenuhilah jemputan yg memang Sis nnti2 kan every year.. dan pada keesokan harinya saya pon pergi.. 

Sesampainya disana kita kene daftar dulu ye kawan2.. and kita dapat goodies bag 








Yaaa.. n thats me .. cantik tau tempat ni! Serius!! I love the place 😍


Haa.. lupe nk bgtahu.. sebenarnya masquerade tu adalah hasil kreativiti saya.. Ye... sape kata Sis tk berseni? U silap org lah deii.. see the leg lah kan πŸ˜‚πŸ˜‚

Barang2 masquerade tu beli kat Mr DIY.. easy.. 

Ok kita smbung balik.. lepas dh dftar, duduk sembang2 kat meja until yg lain smpai.. lepastu acara dimulakan dengan perarakan dari abang2 and akak2 form 5 serta cikgu2 ...  yg lawaknyee tema masquerade but abang2 form 5 pergi pakai full topeng.. HAHAHAHAHAHAHA lawokkk!

Lepastu.. boleh kita makan.. tapi form 5 ambik dlu.. haihhh sabar jelah... sambil makan2 dapatlah main game n tengok persembahan.. Sis pon salah satu yg main game.. game musical chair plak tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ feeling bebudak sangat.. hehehehe..

Haaaa... mehlah Sis payung sikit gambar.. jangan kata akak tak payung πŸ˜‚πŸ˜‚





Haaaa.... nilah gambar Sis time tengah main tu. Yg pakai baju biru tu nama dia Ain Izzati.. Sis panggil dia Kak jati.. dia ni form 5 n jawatan dia dalm pengawas ialah TKP 1 yg bermaksud Timbalan Ketua Pengawas 1.. dia ni comel dan baik orgnye.. uhukss.. tapi dalam game ni dia main tipu! Huh! Boleh pulak dia bawak kerusi tu jalan2? Tapi last2 dia kalahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Kak Shafiqah yg menang ( Kak Shaf yg pakai baju bunga2 biru tu.. yg duk kat tengah2 tuuu)

Yeyyyy... padan muka U kak jati πŸ˜‚ HAHAHAHAHAHAHAHA..

Tapi Sis suka kak jati ni dan dia adalah fav senior Sis.. Selalu stay petang2 kat skolah dengan Sis.. Selalu gurau2 ngan Sis.. share problem... n she is a good adviser.. suka nasihat org.. bg semangat..

Aduh sedih lak dia nk habis skolah.. apa2 pun thanks kak jati for everything! Good Luck SPM kak! You can do it!!




N this is Gadis2 yg suka melepak di depan bilik gerakan tu.. biar Sis perkenalkan kepada anda ye.. dari kiri : Sis yg cute πŸ™ˆ sebelah Sis, Kak Farah Amira (amira tu takde 'H' tau!) Then sebelah kak Farah , kak Jati dan akhir sekali ialah Kak Adilah Syifa( anak kepada cikgu Akma)


Inilah geng rehat pertama!!
Cantik gambar ni.. terima kasih lah sape yg tangkapkan.. cube teka Sis yg mana? HAHAHAH.. suara ketua kami mmg paling sedap ah kat situ.. sape lg kalau bukan Faiz!!

Patutnya kami mempersembahkan tanyangan multimedia tetapi atas beberape faktor tanyangan tu tk dpt nk dihasilkan.. but its ok.. kami ttp enjoy nyanyi lagu potret kat atas tu... hehehehehe

Akak2 form 4, 5 and adik2 kat sesi petang pon ade buat persembahan..

Akak2 form 5 punya SEDIH! Tapi Sis tk nangis pon .. 😌

Abang2 form 5 tak sangka ade bakat terpendam macam Adib, susah nk dengar suara dia yg jelas πŸ˜‚ tup2 dia nyanyi.. terkejut jgaklah.. not bad suara dia.. haaaa. Lagi satu.. TKP 2 pon sama, tk sangka suara dia sedap..

Tapi paling lawak Alim lah! πŸ˜‚πŸ˜‚ nak tahu boleh tengok video dia di ig Sis!



Banyak lagi nk cerita sebenarnya... tapi cukup2 lah tu.. nnti awak2 muntah pulak tengok muka Sis!


Yang penting, jamuan ni mmg BEST! ok bye.. Assalamualaikum.. sorry kalau ade terkasar bahasa..

Terima kasih sudi baca😊

Boleh follow saya di Instagram

➡amani232






















Khamis, 27 Oktober 2016

#Part 2 Percutian di Pulau Pinang with my family

Assalamualaikum GEGIRLSSS and BOBOYSSS sekalian..
Harap2 awak awak yg tengah baca ni happy disamping keluarga tercinta... Alhamdulillah Sis dapat sambung mengenai percutian Sis di Pulau Pinang.
But before Sis mula the story, Sis nak minta maaf sebab lambat update... Hei, rilexlah.. exam kotttttt...
Since harini cuti walaupun hari jumaat *cuti deepavali tapi Sis tak sambut ye* so Sis fikir why not Sis update blog kan?
Ahhhhh... mukadimah je dah panjang berjela.. ok2 kita terus ye.. ARE YOU READY?
Lepas kejadian yang 'mendebawwkan' tu.. Sis dengan family Sis tak dapat sampai kat apartmen tuuuu  (menangis tepi bucu dapur wei!)
Eh, gurau jelah.. Sis sempat smpai kat apartmen tu.. Alhamdulillah.. Sebenarnya apartmen tu maybank punya.. so pakngah Sis ( Sis panggil dia Pakngah Adi ) dia dapat apartmen tu dengan harga yg murah!! **untunggggg
Tapi maaflah lupa plak nk tanggap gambar apartmen.. nama dia plak dh lupe.. haaaaa bagus (jangan kecam Sis ok!)
Masuk2 je dalam tu Sis rase terpukau sbb besar dn luas yg amat... Bagi Sis, Sis bagi 8/10 .. mmg selesa sangat...

Jadi kitaorg smpai pun dh petangkan jadi Sis pon ambil masa ni nak bersihkan diri dan berehat.. 
After magrib, Family Sis pon kata nak keluar makan malam.. kitaorg makan malam dekat2 apartmen tu je sbb van yg kitaorg sewa tu lepas pukul 7:00 dia tak kerja dah.. jadi, jalanlah kaki kami beramai ramai ke kedai makan tu seperti rombongan mak kiah HAHAHAHAHA
Tapi gambar pun tarak .Nama kedai tu Sis ingatlah, nama dia Juan Tomyam and Seafood .. but lepas2 ni kalau Sis gi jalan2 lagi.. Sis promise akn letak gambar n ingat nama tempat.

Btw, for your information our apartment adalah di batu ferrighi ..

Jadi menternak lemak lah kami semua di restaurant tersebut.. walaupun kedai dia biasa2 je.. tapi ramai gila org kat sini.. Sedap sangat kah?  Jawapannya, Sis sampai tambah nasi kot!! Sedap gila.. dah lah lapar plus penat so bila dapat 'ngap' tu rase bersyukur sangat .. ALHAMDULILLAH, Thanks Allah for everything 

Dan waktu tu pulak Ain ( adik Sis ) punya birthday.. haaa... mmg kenyang lah dh makn nasi pastu mencekik kek plak kan.. tambah2 lagi kek tu kek coklat haaaa mmg makn lah

Dan Sis ingat lagi malam tu ade cerita hindustan kat tv3.. cerita Kabe kusyi kabe.... sambung sediri *mcm salah je ejaan ni*

Maka setelah kenyang, Sis n family sis pon menghadap cite tu smpai kul 12:00.. Sis tak tengok habis pon sbb tertido kat sofa 
Begitulah ceritanya first day Sis kat Penang .. The End.. ( eh, belum lagi.. ade lagi sambungan part 3  untuk SECOND DAY) sabaq naaaaa...
Terima kasih sudi baca 

Anda boleh follow saya di Instagram
➡ amani232
Untuk berhubung bolehlah emel kan ke
➡ nurinamaniafeenddy2002@gmail.com
Kalau sudi komenlah ye 

Rabu, 12 Oktober 2016

Percutian di Pulau Pinang with my family

Assalamualaikum 🌸🌸🌸

Hai korang! Hari ni Sis Amani rasa amat teruja untuk share pasal percutian Sis sekeluarga ke...... PULAU PINANG!! ( πŸ‘πŸ‘πŸ‘ berikan tepukan gemuruh)

Actually, percutian ni berlaku time cuti sekolah tahun lepas.. bulan disember but tak ingat berapa hari bulan. Al maklum lah tahun lepas kott..

Back to the story.. First day nak pergi Penang ni, Sis dengan keluarga naik kapal terbang! Wuhuuu.. (feeling2 Awan Dania gitewww)

My aunty, Sis panggil dia 'Mami Huda'.. Haaa.. dia ni lah yang nak sponsor tiket naik kapal terbang.. Kami naik Air Asia sebab tak silap waktu tu ada promosi. So, thank you Mami Huda sebab belanja! N thanks jugak kepada Air Asia yg tengah buat promosi waktu tu...

Tak silap Sis lah kan.. 'tak silap ok' perjalanannya mengambil masa 45 minit sahaja..

Ade yg tanya Sis kalau pergi naik Air Asia, kat sana jalan2 naik apa? 

Haaaaa.... nak habaq mai ni, kami naik van! Ye.... van ini juga telah 'dicari' oleh Mami Huda Sis, tapi bayar share2 lah dengan my mom n my pakngah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Jadi sesampainya kami di lapangan terbang dekat Penang, ingatkan van yang disewa tu sedang menunggu.. rupa2nya, selain van @ teksi yg disediakan oleh pihak airport tak dibenarkan masuk..

Jadi kami pun naik lah van kat situ untuk sementara waktu... lepastu dh smpai kat depan hotel..... tak ingat apa nama (ni bukan hotel tempat kitaorg menginap ok! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚) Kami pun bertukar van kepada van yang memang kami telah sewa...

Sampai pun macam dh tengah hari, jadi pakngah Sis kata kita akan MAKAN dulu... yesssss!! Perut Sis pum sebenarnya dah nyanyi lagu gerua dilwale πŸ˜‚

Tempat makan tu dekat tepi jalan tapi besar jugak lah.. (maaf, Sis lupe nama tempat dan tiada gambar)

Makan..makan.. makan...

Lepastu dah habis makan.. kita terusssss menuju ke hati anda (eh, chia..chia..chia..)

Tak2, kita terus menuju ke Bukit Bendera...




Haaa... nilah dekat atas bukit bendera. Tempat ni baru je buat rasenya tahun lepas.







Dan ini ialah Sis! πŸ˜‚πŸ˜‚ HIHIHI sekali sekala..


Dan selepas sampai je kat atas tu... MashAllah... ramai sungguh manusia! Tahu tak nak sampai sini je pun dah kene banyak2 bersabar.. yelah.. nak beli tiket kene beratur panjanggggg, nak naik train kene beratur lagiiii.. bile dh smpai atas tu baru rase lapang skit.. Alhamdulillah....



Sampai2 kat atas tu, terus je kami posing depan camera macm gmbar yg first tu.. dari tempat tu kita boleh nmpk jambatan Pulau Pinang.. SubhanAllah, cantik! Dengan lautnya yg terbentang luas.. Sis kagum dan terpesona! I LIKE IT!

Dah beratur panjang, lepas tu dh tangkap gambar.. haaa ape lagi? Oh, waktu tu panas jd mari kita minum ABC sebagai penghilang dahaga.. slurpppp.. nyummm... Sis pulak yg rase cm nak minum sekarang ni..


Untuk pengetahuan pembaca, dekat atas ni ade tempat makan dan MUZIUM BURUNG HANTU.. tapi waktu ni kami tk sempat nk masuk.. nak tahu sbb ape kami tak sempat masuk? SEBAB KAMI TENGAH RUSHING..

Rushing untuk ape?

Rushing sbb apartmen yg kami nk menginap tu tima nk ambik kunci dia nk habis

AUNTY YANG JAGA KUNCI DAH CALL..

ABC PULAK MASIH ADE LAGI..

MACAM MANE NI?!?!?!

SEMPAT KE SAMPAI SEBELUM WAKTUNYA?

DENGAN NAK KENE BERATUR LAGI UNTUK TURUN..

KEADAAN JALAN YANG SESAK LAGI..

MAMPUKAH KAMI SAMPAI?

nntikan dalam entry 'part 2 percutian di Pulau Pinang with my family..

Terima kasih sudi baca..

Boleh follow Sis di Instagram

➡amani232

Atau boleh berhubung melalui emel

➡nurinamaniafeenddy2002@gmail.com









Isnin, 10 Oktober 2016

Musim Peperiksaan.

Assalamualaikum :)

Hmmm.. agak lama jugak lah saya tak update blog.. so ade ke yang ternanti nanti new entry dari saya.. of course lah tak de sape nak baca blog saya ni kan.. 😭😭

Haaa.. dah2... tapi memang betul lagikan benarkan ... memang takde sape pon yg bace blog ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

HAHAHAHAHAHAHA .. WHATEVAHHH!!!

So, today Sis Amani nak share ape2 yg berkaitan dengan perkataan


                            E.X.A.M.I.N.A.T.I.O.N
Memandangkan sekarang musim peperiksaan bagi pelajar2 skolah menengah dan skolah rendah ( atas dari tu saya tak tahu lah kan) so saya pon tulis lah pasai periksa ni..

Sekarang, yang form 3 sedang menghadapi peperiksaan PT3.. Yang sekolah rendah pulak, darjah 5 yang skolah agama mesti sedang mengambil ujian UPKK ( ujian penilaian kelas kafa) **maaf kalau silap

Yang form n standart lain? Mereka pun mesti tengah pulun untuk final exam (peperiksaan akhir tahun).

Jadi, Sis antara golongan2 tersebut.. (muda lagi Sis Amani ni sebenarnya πŸ˜‚πŸ˜‚)

Ini sedikit ucapan tulus dari hati Sis Amani (ecececece)

Kepada semua calon2 yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, give the best untuk exam ni.. Ya, tak dinafikan kadang kala kita rasa malas bebeno nk study .. nak do revision.. tapi, please... always remember yang anda2 sekalian ni ... semua ade yg mengharap.. Your parents! Itu yg paling utama.. n Ingat ni! Kalau korang dh beri yg terbaik... buat yang terbaik.. buat sehabis baik... tapi still dapat result yg BUKAN APA KORANG IMPIKAN takpe..

Ingat, mula2 kita kene berusaha lepastu kita kene doa kemudian kita tawakal 😊


Jadi GOOD LUCK Sis ucapkan.. Jangan stress ok πŸ‘ŒπŸ‘Œ


Bye.. Assalamualaikum ❤
















Jumaat, 30 September 2016

BERANGAN NAK BERNIAGA!

Assalamualaikum.. Halloooo... Moga2 pembaca yang membaca entry kali ini sedang bergembira dan dalam mood 'ceria' okπŸ‘ŒπŸ‘Œ

Yang tak ceria tu.. jangan sedih2.. ingatlah Allah sentiasa bersama kita 😊

Berbalik kepada tajuk, Sis Amani sebenarnya sedang berangan- angan ingin membuka perniagaan! 😲😲😲 (terkejut tak?) Mmg lah Sis Amani masih lagi belajar tapi entah mengapa semenjak 2,3 hari ni Sis teringin sangat nak menjual something.. SANGAT2 TERINGIN! Dalam kepala otak Sis ni asyik dok fikir Bisness.. tak tahu kenape..

Agak2 koranglah kan Sis nk jual ape?
Jawapannya...... (bunyi drum)


COOKIES!

Alaaaa... cookies yg macam famous amos tuuu.. tahu kan? Sedap gila kot biskut tu..

Tapi tulah... Sis ni nak tak pandai pun buatnya.. πŸ˜‚πŸ˜‚ try pon tk pernah.. so kiranya ni angan2 jelah..

Tak salah kan nk berangan (tk yah bayar ponn)

Mama Sis pon sokong sangat kalau Sis nak mula berniaga.. mama SANGAT2 menyokong! (terharu tau😭😭😭)

Tulah, Sis fikir Sis nk start try buat cookies ni waktu cuti akhir tahun.. harap2 menjadi & paling penting sedapppp... InshaAllah..

Di kesempatan ini, Sis nk mintak korg doakan Sis agar angan2 Sis nak jual cookies tu menjadi.. doakan tau! Kalau tak, tknk kawan!! 😝😝😝

Nanti, kalau betulah Sis Amani dpt jual cookies ni.. Sis Amani akan beritahu dekat blog ni dan juga Instagram...

Ermmm...  sorrylah korg kene baca angan2 Sis ni yg tah betul tah tidak ni.. Sis cuma nk share apa yang Sis ingin kan...

So kalau korg nk share ape yg korang inginkan.. meh lah share! Boleh kita tukar2 pendapat! Macam mane nk share 'apa yg korg inginkan?' Senang je just comment down below... oklah Sis rase smpai disini sahaje..

Bye uollsss

~Sis yg berangan nk jadi Bisness Woman 🌻

Isnin, 26 September 2016

Program Penanaman Paya Bakau di Tanjung Karang

Assalamualaikum everyone!

Comel tak boot kami?


Hari ni Sis nak kongsi pasal pengalaman Sis join Program Penanaman Paya Bakau dekat Tanjung Karang semalam (25/09/2016).

Program ni dilaksanakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (tp Sis bukan bulan sabit merah.. tkpe join je .. hehe)

Lebih kurang 500 pelajar sekolah menengah menyertai program ni tau (ramai kan?)

Program ni akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan paya bakau..

Antara kepentingannya ialah menjadi benteng dari berlakunya banjir dan banyak lagi kepentingan lain..

Ok, first pepagi kul 5:00 dah tunggu kat sekolah dan dalam pukul 6:00 kitaorg berhenti dekat Masjid UPM untuk tunaikan Solat Subuh.. dalam bas Sis makan and sambung tidur (jauh kot perjalan.. 2 jam)

Lepastu.. kitaorg pun sampai...
Tapi belum sampai dekat paya bakau lagi tau.. Kitaorg smpai dekt Institut --- (maaf tak ingat) ianya sebuah dewan yang luas... Sis dan kawan2 sekolah Sis sampai dalam pukul 8:30 mcm tu and kitaorg diberikan sarapan nasi lemak (sedap tapi pedasssss πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯).. Kemudian, pengerusi bulan sabit merah negeri Selangor bg ucapan ..


Lepastu kitaorg naik lori ramai2 pergi dekat tempat penanaman..

Sampai2 je Sis macam tekejut tengok pelajar dari sekolah lain dh macam2 rupa.. ade yang dh tenggelam.. ade yang kaki tersangkut kat lumpur tu tk boleh nak keluar.. dengan bau kat situ lagi.. Ya Ampunnnn.. (wktu ni Sis belum masuk lagi tau)

Bila tiba time Sis nak kene tanam SATU JE POKOK BAKAU macam nak kene tanam SEPULUH POKOK BAKAU.. susah betul...Kaki Sis ibarat taknk keluar dr lumpur tuuuu... aduhaiii kaki.. dhlah Sis pakai boot ...

Dan bermulalah aksi2 dibawah... #jangankecam
Sis lah yang tengah terduduk tu πŸ˜…πŸ˜…


Thanks sangat2 to all my friends sbb tolong... diantara dialog2 yg timbul waktu ni


Sis : Ahhhhh!!!! (Gebushhh **bunyi jatuh)
         kat dalam lumpur) Weyh, aku dh tak 
        larat nak angkat kaki aku.. aduhhh                 penatlah

Iffah(rakan sekelas Sis): Takpe2.. kau duduk                                              dulu dalam tu..                                                      rehat kejap..

Sis: Korang.. panggil cikgu latifah suh
       ambik gambar... cepat2 aku nk posing            ni πŸ˜‚πŸ˜‚

Kawan2 lain : CIKGUUUU!!!

dan begitulah kekecohan yang berlaku.. skolah lain mesti ingat Sis tak betul πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Setelah bergelut dengan lumpur maka, kami diberi masa untuk membersihkan diri, makan dan solat Zuhur.. Lepastu... kita balik...



Ni gambar dh habis program..


agak2 Sis yang mana ye? Sis yang sebelah tudung corak2 coklat tu.. sebelah kiri tau yang dekat dengan kotak hijau tu.. alaaa tk nmpak lagi ke? Yang pakai kasut putih tu... nmpak tak? Tak nmpak lagi ke? Saya sarankan anda berjumpa pakar..

So... lepastu dalam bas tangkap gambar untuk kali terakir.. selfie banyak2 tapi Sis taknk payung kat sini.. nnti mesti pembaca sekali meluat (kan2.. jujur jelah πŸ˜‚)

Alright, rasenya smpai disini sahaja.. Sis nak tidur .. Esok pon school kan.. so bye.. jangan lupa letakkan komen anda 😁

Commen down below... ingat tuu